Followers

Monday, December 22, 2008

Anak adalah permata hati ibu dan ayah. Betul tu. Anaklah permata, berlian, emas...pencetus idea, buat mama hilang idea. Penyelesai masalah, pembawa masalah, penyejuk hati, pembara hati, membantu kerja, membanyakkan kerja, melegakan sakit kepala, menyesakkan kepala. yang menceriakan rumah, tak kurang juga buat rumah bergegarngan suara deme aje...

Apapun inilah permata hati, harta yang menjamin syurga atau neraka ibu dan ayah. Jadi, tanggungjawab kita untuk membentuk mereka sekjak dari kecil. Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya. Maknanya proses mendidik perlu berjalan sedari anak-anak kecil lagi. Bukan tunggu sampai diorang besar baru nak ajar. Sebab bila dah besar baru nak mula ajar, maknanya dia dah terkurang ajar itu yang jadi kurang ajar. Bukan sebab terlebih ajar.

Baru Belajar Buat Blog Sendiri


23 Disember 2008.

Setelah 32 tahun hidup di atas bumi Allah maka timbul kesedaran untuk memiliki blog sendiri. Untuk menyimpan apa sahaja yang berlaku yang mana semuanya akan jadi kenangan. Sekurang-kurangnya, ada tempat lain untuk simpan kenangan selain daripada otak. Otak pun kadang-kadang penat, terlupa, tak pun tak boleh pakai lagi kalau kita dah takde kat bumi ni atau memang dah tak boleh pakai otak. Eh, apa yang aku cakap ni, boleh faham ke?

Apapun semua ni hanya untuk suka-suka. Sekurang-kurangnya ada tempat untuk meluah perasaan dan berkongsi. Menenangkan hati, perasaan, otak dan badan dikala ada masalah. Tempat untuk berkongsi dengan sesiapa yang sudi terutama sekali suri rumahtangga. Dan mungkin menajamkan semula minda yang tumpul setelah lama menjawat jawatan suri rumahtangga sepenuh masa.